Selamat Datang Ke Suami Isteri Shoppe Online Store.Terima Kasih Diatas Sokongan dan Kepercayaan Anda Kepada Kami.Call Atau SMS Kami 0134044980 Untuk Semakan Stok dan Pengesahan Pesanan.Semua Harga Adalah Tidak Termasuk dengan Kos penghantaran.Bagi semenanjung RM7 manakala bagi Sabah dan Sarawak RM10 ~HARAP MAKLUM ,Sekian Terima Kasih ....Datang Lagi...

Rabu, 11 Mei 2011

Malam Jumaat


Malam Jumaat Untuk Wanita merupakan sebuah produk berasaskan herba hasil gabungan rahsia-rahsia perubatan tradisional dengan kemajuan teknologi canggih. Berkesan dalam membantu wanita mengatasi masalah senggugut, melancarkan perjalanan darah dan memulihkan tenaga, produk Malam Jumaat menerusi ramuannya yang unik seperti kacip fatimah, za’faran dan manjakani juga dapat membantu anda mengembalikan tahap kesihatan optimum secara fizikal dan mental ketika melakukan hubungan kelamin.
Kandungan Malam Jumaat Untuk Wanita
Kacip Fatimah


Kacip Fatima (Labisa pumilla), ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia yang mempunyai cirri-ciri seakan tongkat ali. Ianya biasa didapati di kawasan bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih. Mempunyai daun sepanjang 20 sentimeter, kacip Fatimah secara tradisionalnya diminum sebagai the oleh wanita untuk meningkatkan fungsi seksual.
Antara fungsi lain kacip fatimah adalah:
• Menstabilkan kitaran haid wanita
• Mengelakkan kekejangan dan senggugut
• Mengimbang kembali sistem pembiakan wanita
• Mengurangkan keletihan dan memudahkan proses menopaus
• Menambah tenaga seksual
• Membantu masalah yang berkaitan sembelit
• Membersih serta mengelakkan kitaran haid yang menyakitkan
• Membantu menyingkirkan angin di dalam badan
• Menguatkan dan mengetatkan otot
Manjakani

Manjakani merupakan sejenis buah yang dituai dari pokok mempening hasil tindakbalas pokok tersebut tehadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Sengatan tebuan ini menghasilkan tindakbalas kimia yang spontan dari pokok untuk menghasilkan buah manjakani. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tannin meninggi dan akan meningkatkan khasiat manjakani. Wanita-wanita di Malaysia menggunakan manjakani untuk mengekalkan kekenyalan dinding uterus setelah bersalin serta beberapa kegunaan lain yan berkaitan dengan penjagaan alat kelamin wanita seperti mengelakkan keputihan, luka-luka selepas bersalin dan juga mencegah kanser.
Sireh

Sirih, merujuk kepada daun sirih yang diambil dari pokok sirih, merupakan sejenis tumbuhan yang signifikan di dalam kebudayaan masyarakat Melayu kerana penggunaanya di dalam adat perkahwinan dan juga perubatan tradisional. Selain menjadi salah satu komponen yang penting di dalam istiadat perkahwinan orang Melayu, sirih juga selalunya dimakan bersama gambir untuk merawat penyakit cirit-birit. Ia juga dipercayai dapat membantu menghentikan pengaliran darah akibat luka ataupun pendarahan hidung di mana sirih akan digulung dan kemudiannya disumbatkan ke dalam hidung untk menghentikan pengaliran darah.
Saffron

Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesis crocus dari famili Iridaceae. Bunga C.sativus mempunyai 3 stigma, setiapnya dihujung distal carpel. Stigma ini dikeringkan dan lazimnya digunakapakai untuk masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron, rempah termahal didunia dari segi berat, merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia barat.
Rasa pahit dan bau seakan iodoform ataupun jerami merupakan hasil dari bahan kimia procrocrocin dan safranal. Sejenis pewarna carotenoid, crocin, membuatkan saffron menghasilkan warna kuning keemasan pada makanan dan tekstil. Selain itu, saffron juga mempunyai kelebihan untuk tujuan perubatan.
Perkataan saffron berasal dari perkataan latin safranum yang dipetik dari perkataan lama Perancis, safran yang terdapat pada kurun ke-12. Perkataan latin safranum juga merupakan sumber kepada perkataan Itali zafferano dan Sepanyol azafran. Safranum merupakan perkataan yang dipinjam dari Bahas Parsi lama (za’feran) yang berasal dari perkataan Arab (za’faran), diilhamkan dari perkataan asfar yang bermaksud ‘kuning’.
Antara kegunaan Saffron adalah mencegah/mengubati kanser, asma, masalah tidur@insomnia, masalah hati, ketidaklancaran darah, masalah perut dan 1001 kegunaan yang lain.
Halia

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari China dan diusahakan secara besar-besaran di beberapa negara seperti China, India, Nigeria Australia dan Thailand. Halia atau juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), biasanya digunakan sebgai rempah perasa masakan dalam bentuk halia segar, kering atau bergula. Halia juga mempunyai khasiat-khasiatnya dan dipercayai dapat membantu menhadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Ianya dikatakan dapat mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk. Migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sakit dada.. Selain itu, minyak halia yang telah diekstrak bole dijadikan baha perisa minuman buah-buahan, kosmetik dan ubatan.
Beli Malam Jumaat Untuk Wanita Dengan Yakin
Malam Jumaat Untuk Wanita dikilang Bumiputera. Produk Halal.
Malam Jumaat Untuk Wanita dihasilkan mengikut standard Islamic Manufacturing Practice. Amalan Pengilangan yang mengikut syriat Islam.
CODE:DW-07
RM39.90

Tiada ulasan:

Catat Ulasan